September 14, 2019

BAB 5 : AKTA PERANCANGAN BANDAR & DESA


Sejarah Sebelum Wujud Akta Perancangan Bandar & Desa 1976
Undang-Undang Pertama - Town Planning Enactment 1923
Undang-Undang Kedua - Enactment 1927
Seterusnya - Town Board Enactment (Cap 137) yg sebelum ini dikenali
                       "Sanitary Board Enactment"

Sejarah Awal Menyebabkan Kewujudan Pesurujaya Bandar di Malaysia
·         Pesuruhjaya pertama wujud pada tahun 1921 setelah berlaku peristiwa kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar bandar Kuala Lumpur pada tahun 1881.
·         Kejadian ini telah menimbulkan inisiatif untuk wujudkan satu kaedah tindakan kawalan persekitaran.

Tujuan Penubuhan Akta Perancangan Bandar & Desa 1976
             
Ø  untuk wujudkan satu perundangan perancangan yang sistematik.
Ø  untuk pulihara penggunaan tanah dalam pembangunan.
Ø  untuk pastikan pembangunan di bandar dibuat secara sistematik & tersusun agar keselamatan & keselesaan penduduk terjamin.
Ø  utk pulihara alam sekitar agar tak tercemar akibat pembangunan yang tak terancang & kepadatan terlampau.
Ø untuk wujudkan undang-undang / kawalan / peraturan yang lengkap bagi perancangan bandar & desa

Aspek Kepentingan Perancangan Bandar & Penyelarasan Kuasa   
- Kerajaan persekutuan & negeri sama-sama bertanggungjawab ke arah pastikan pemeliharaan, pemantauan & penggunaan tanah, bangunan yang teratur, kesihatan & keselamatan rakyat.
- Parlimen selaku badan perundangan membuat undang-undang beri kuasa eksekutif kepada Menteri untuk pastikan PBN & PBPT jalankan tanggungjawab di bawah Akta serta memberi PBPT terlibat dalam aktiviti pembangunan, panduan berhubung pemeliharaan, penggunaan & pemajuan tanah & bangunan melalui dasar kerajaan






Kelebihan Akta Perancangan Bandar & Desa 1976 berbanding akta sebelumnya
·         Telah perkenalkan pendekatan baru dalam penyediaan rancangan pembangunan iaitu Rancangan Struktur & Rancangan Tempatan - Rancangan Pembangunan (RP) dibawah akta ini lebih komprehensif iaitu meliputi aspek sosial & ekonomi.
·         RP lebih mudah diubahsuai dimana pengawasan & kaji semula rancangan wajib dibuat sentiasa.
·         RP lebih sifat terbuka dgn ambilkira pendapat & pandangan awam.

Maksud Kebenaran Perancangan
-       Kebenaran daripada PBT sebagai pihak berkuasa kawalan pembangunan untuk jalankan sesuatu pembangunan mengikut pelan & syarat-syarat kebenaran merancang.

Kelulusan lain yang perlu diperolehi selepas pemohon dptkan Kebenaran Merancang
1)     Pelan bangunan & permit untuk mulakan kerja pembinaan bangunan bawah Akta Jalan, Parit & Bangunan 1974
2)     Pelan Pembangunan
3)     Pelan Jalan & Parit untuk pembinaan jalan & parit.
4)     Pelan Kerja Tanah             
5)     Pelan Pecah Sempadan
6)     Pelan Landskap
7)     Lesen untuk perindustrian, perdagangan, pertubuhan makanan & aktiviti-aktiviti lain
8)     Laporan Penilaian Alam Sekitar jika perlu.

Rancangan Struktur
- Merupakan suatu pernyataan bertulis mengenai dasar-dasar & cadangan-cadangan am yang berkaitan dengan pemajuan & penggunaan tanah merangkumi aspek-aspek sosial, ekonomi, fizikal & alam sekitar bagi sesuatu kawasan.
- Pernyataan bertulis akan disokong oleh gambarajah utama.

Rancangan Tempatan
- Satu dokumen perancangan fizikal yang menterjemahkan dasar & perancangan strategik rancangan struktur dalam bentuk peta cadangan gunatanah yang terperinci bagi kawasan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT)

Aktiviti-aktiviti yang perlukan kebenaran merancang
- Bina bangunan baru        - Pecah sempadan tanah
- Satukan tanah                   - Buat perubahan dlm penggunaan tanah
- Tambah/pinda bangunan - Robohkan bangunan
- Kerja2 kejuruteraan          - Kerja2 perlombongan
- Kerja2 perindustrian

Aktiviti-aktiviti Tak Perlukan Kebenaran Merancang
1.     Penggunaan tanah/bangunan dalam tempoh yang tak lebih daripada satu bulan.
2.     Bina bangunan sementara untuk pekerja-pekerja pembinaan.
3.     Aktiviti pertanian dalam kawasan pertanian
4.     Kerja-kerja pembaikan dalam bangunan
5.     Kerja-kerja oleh PB berkaitan penyelenggaraan kemudahan awam (jalan, parit, kabel, paip dll)

Mengapa Kebenaran Merancang diperlukan
a)     untuk pastikan semua pembangunan & penggunaan tanah oleh seseorg individu @ pemaju akan dijlnkan dlm keadaan teratur. 
b)     untuk elakkan sebarang kesan negatif kepada persekitaran & masyarakat seperti pencemaran, kacau ganggu, kesesakan lalu lintas, tambahan beban infrastruktur & banjir.
c)     untuk pastikan pembangunan baru adalah pada tahap yang baik untuk didiami.

Akta Yang Mengawal Perancangan Pembangunan Tanah
- Akta Perancang Bandar & Desa 76 (Akta 172)
- Akta Jalan, Parit & Bangnan 74 (Akta 133)

Jabatan-Jabatan Teknikal Yang Terlibat Dalam Proses Kelulusan Merancang
- JKR , JPS, TNB, IWK, Jab Bgnan PBT, Jabatan Bomba, Syarikat Telekom, Pihak Berkuasa Air / Syarikat Air Swasta, Jabatan Kesihatan

Muat Turun Bab 5 https://drive.google.com/file/d/1nipw2ls8hd5npa1TguoeFqDMciiwoN7S/view?usp=sharing

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wow such a great blog.

Galeri Undang-Undang Tanah

PENGENALAN LAMAN BLOG

Galeri Undang-Undang Tanah   ialah nama singkatan bagi nota dan maklumat 'Undang-Undang Tanah & Pengurusan Dan Pemban...

NOTE