Berikan definisi ‘MELAYU’ merujuk Enakmen Simpanan Melayu bagi individu.
➤Seorang dari mana-mana bangsa melayu yang biasanya bertutur dalam Bahasa Melayu dan beragama Islam.
Berikan takrifan ‘Syarikat Melayu’:
➤Sesebuah syarikat boleh dikatakan kepunyaan Melayu jika & selagi tiap-tiap ahlinya terdiri daripada orang-orang melayu sahaja & syersyernya dihadkan kepada orangorang melayu sahaja.
Nyatakan sebab-sebab Rizab Melayu boleh terbatal.
➤Dibatalkan oleh satu undang-undang negeri ( yang diluluskan oleh 2/3 drp ahli DUN yang hadir & mengundi )
➤Dibatalkan oleh satu resolusi Parlimen (yg diluluskan oleh 2/3 drp ahli yang mengundi)
Bagaimanakah Rizab Melayu boleh diwujudkan ?
➤Di atas permohonan tuan tanah dan dengan persetujuan dr org / badan yg mempunyai kepentingan di dalamnya.
➤Dengan cara membeli tanah untuk tujuan itu.
➤Sebagai menggantikan tanah rizab yg dibatalkan.
Bilakah ERM mula diperkenalkan ?
➤1 Jan 1914
Negeri manakah ERM mula dikuatkuasakan ?
➤Negeri-2 Melayu Bersekutu
➤( Perak, Selangor, N.S & Pahang )
Nyatakan tujuan untuk mengisytiharkan tanah itu sebagai 'Rizab Melayu'.
➤Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu drp dilupuskan dengan apa jua cara kpd bukan Melayu.
➤Menyekat tanah pegangan Melayu drp dibuat apa2 urusniaga persendirian diantara Melayu & bukan Melayu
Peruntukan dalam Enakmen Tempahan Melayu meliputi empat bidang utama. Senaraikan kawasan tersebut.
➤Tanah Kerajaan
➤Tanah milik
➤Rizab hutan
➤Tanah Rizab bg maksud awam
Proses mewartakan rizab melayu. Aturcara / kaedah mewujudkan rizab melayu.
➤Menteri Besar ( dgn persetujuan MMK )
-Mengistiharkan kawasan yg hendak dijadikan Rizab Melayu dlm warta.
-Tarikh kuatkuasa : Tarikh warta dikeluarkan.
➤Pej. Tanah menyerahkan Borang A ( borang permohonan yg mengandungi senarai tanah milik yg terlibat ) kpd Pendaftar.
➤Pendaftar buat catatan ke dlm semua DHD tanah yg berkenaan.
➤Pej. Tanah akan hantar notis Borang B kpd semua pemilik tanah yg terlibat. Tuj : supaya pemilik-pemilik tanah menyerahkan DHK utk dimasukkan catatan yg sama.
Siapa yang mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan Rizab Melayu?
➤Menteri Besar dengan kelulusan Raja.
Cara membatalkan rizab melayu:
➤Kelulusan DUN @ Parlimen.
➤Pengisytiharan dalam warta.
➤Penyerahan Borang C kepada pendaftar.
➤Memasukkan catatan dalam DHD.
➤Mendapatkan DHK daripada tuan tanah. 6. Memasukkan catatan dalam DHK
Nyatakan tujuan pengistiharan:
➤Mewujudkan satu RM.
➤Membatalkan kawasan RM.
➤Meminda had / sempada RM.
➤Memasukkan mana2 tanah ke dalam RM yg ada.
Senaraikan kekangan transaksi Rizab Tanah Melayu.
➤Tidak boleh dipindahmilik, dipajak atau digadai kpd org yg bukan Melayu.
➤Tidak boleh dijadikan lien utk pinjaman.
➤Tidak boleh diikat oleh mana-2 Mahkamah jika tuan punya bankrap.
➤Tidak boleh didaftarkan jika urusniaga dilakukan oleh seorg wakilkuasa yg bukan melayu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan