September 21, 2019

BAB 6 PENGAMBILAN BALIK TANAH








Proses Pengambilan Balik Tanah di bawah Sijil Akuan Segera.
➧Jika PBN menghendaki sesuatu tanah dengan segera, sijil akuan segera boleh dikeluarkan 15 hari selepas notis Borang E dikeluarkan dan mengarahkan Pemungut Hasil Tanah mengambil milik tanah tersebut melalui Borang I.
➧Menyerahkan notis Borang K dan membuat perubahan atas cukai tahunan
➧Menawarkan gantirugi dalam Borang G dan seterusnya membuat tawaran gantirugi kepada pihak yang berhak.


Jenis tanah yang boleh dipulihkan:
➧Tanah milik melainkan tanah milik kerajaan persekutuan.
➧Tanah yang diduduki mengikut hak disisi adat.
➧Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik.


Pemilik tanah tidak boleh membantah pengambilan tanah wajib. Mereka hanya boleh membantah item yang disenaraikan dalam Sec. 37, Akta Pengambilan Tanah 1960. Nyatakan perkara-perkara ini.
➧Ukuran tanah ( luas tanah ).
➧Jumlah pampasan / gantirugi.
➧Orang-orang yang berhak menerima bayaran gantirugi.
➧Pembahagian pampasan



Terangkan tentang proses pengambilan tanah mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 dan borang yang terlibat.
➧Form A : untuk Pengistiharan dalam gazet yg sesuatu tanah itu mungkin dikehendaki utk sesuatu tujuan. ( Tindakan : PBN )
➧Form B : untuk mengeluarkan “written authority” bg membolehkan mana2 pegawai & orang memasuki tanah tersebut bg membuat apa2 kerja. ( Tindakan : PTG )
➧Form C : untuk menyenaraikan semua maklumat tanah yang berkaitan iaitu senarai lot tanah, nama pemilik, keluasan yang diambil & pelan pengambilan. ( Tindakan : Pej Tanah )
➧Form D : menyatakan tarikh tanah terlibat akan diambil semula & diistiharkan dalam gazet. ( Tindakan : PBN )


Terangkan bagaimana jumlah pampasan ditentukan.
➧Jumlah pampasan adalah berasaskan kepada harga pasaran tanah pada tarikh warta di bawah Sec.4 @ Sec.8, APT 1960. Ianya juga mengambilkira prinsip penilaian yang ditetapkan dalam Jadual Pertama, APT 1960 (Akta 486).


(Jelaskan secara ringkas langkah-langkah yang terlibat dalam proses pembayaran pampasan dalam pengambilan balik tanah.) 
➧Setelah menyerahkan Borang H ( tawaran bayaran gantirugi ) kepada orang yang berkenaan, PT hendaklah membuat pembayaran kepada tiap-tiap orang yang berhak menerimanya.
➧Jika : 
-Tiada orang yang berhak menerimanya @
-Orang2 yg berhak tidak bersetuju dengan ‘award’ itu @
-Ada perbalahan ttg hak kepunyaan tanah itu @
-Cara pembahagian gantirugi itu,  Maka PT hendaklah membuat permohonan & menyimpan wang itu di mahkamah.
➧Seseorang yang berhak boleh menerima bayaran gantirugi dengan tiada bantahan. Jika seseorang telah menerima bayaran gantirugi dengan tiada bantahan, ia tidak lagi berhak menuntut kes pengambilan tanah tersebut ke mahkamah.
Terangkan bagaimana cara pembayaran gantirugi dibuat dalam proses pengambilan tanah.
➧Jika jumlah gantirugi bagi satu-satu tanah melebihi RM5,000 hanya 75% daripadanya sahaja dibayar dan bakinya ditahan sehingga berakhir tempoh membuat rayuan @ sehingga diterima keputusan mahkamah jika ada rayuan.
➧Sekiranya dalam tempoh rayuan, tiada diterima sebarang bantahan dari Jabatan / Badan, baki 25% tanah itu akan dijelaskan dengan segera.


Senaraikan LIMA (5) kuasa Pihak Berkuasa Negeri (PBN) dalam pemerolehan tanah.
➧PBN boleh mengambil mana-mana tanah yang dikehendaki
➧PBN boleh membuat perisytiharan dalam gazet mana-mana tanah yang terlibat dengan pengambilan balik tanah
➧PBN mempunyai kuasa bertulis" untuk mengeluarkan surat "written authority' memasuki sesuatu tanah untuk melakukan apa-apa kerja.
➧PBN berhak mendapatkan maklumat berkaitan tanah seperti senarai tanah yang terlibat, nama pemilik, saiz tanah danrancangan persampelan.
➧PBN mempunyai kuasa untuk memanggil saksi / orang yang tertarik dengan tanah yang terlibat untuk membuat pengakuan sumpah / mengemukakan / mengemukakan dokumen yang berkaitan termasuk DHK



Tiada ulasan:

Galeri Undang-Undang Tanah

PENGENALAN LAMAN BLOG

Galeri Undang-Undang Tanah   ialah nama singkatan bagi nota dan maklumat 'Undang-Undang Tanah & Pengurusan Dan Pemban...

NOTE