September 13, 2019

BAB 6 : PEMBANGUNAN TANAH


Perbezaan Pecah Bahagi & Pecah Sempadan

Pecah Bahagi (Sub Division)
Pecah Sempadan (Partition)
Tanah hakmilik tetap dipecah sempadan kepada 2 bahagian/lebih dipegang oleh tuan punya yang sama.


Guna Borang 9A
Tanah hakmilik tetap yang dipegang oleh dua 2 orang/lebih sebagai tuan punya bersama dipecah bahagi menjadi hakmilik berasingan.


Guna Borang 9B

Syarat Kelulusan Pecah Bahagi
1)     Pembahagian kecil tak menyalahi mana-mana sekatan
2)     Pembahagian kecil tak bertentangan dengan peruntukan mana-mana undang-undang bertulis.
3)     Kelulusan daripada pihak berkuasa perancang
4)     Tiada hasil tanah yang belum dijelaskan
5)     Tanah kategori pertanian, pembahagian kecil mesti kurang dari 2/5 hektar (1 ekar)
6)     Tanah kategori lain, pembahagian kecil tak kurang dari luas minima yang sesuai dengan tujuan pembahagian
7)     Setiap pembahagian tanah mesti terdapat jalan masuk
8)     Pembahagian kecil tak bertentangan dengan sebarang pelan - telah dipersetujui oleh mana-mana perbadanan/pihak berkuasa yang ditentukan oleh PBN

Syarat Kelulusan Pecah Sempadan
-       Setiap pemilik bersama bersetuju untuk buat permhonan pembahagian tanah
-       Keluasan tanah yang akan diletak hak pada setiap tuan punya ikut kadar bahagiannya sebelum dibahagi
-       Kelulusan pihak berkuasa perancangan
-       Tiada hasil tanah yg terhutang
-       Persetujuan tiap-tiap org / badan yg punyai kepentingan atas tanah tersebut.
-       Luas minima tiap-tiap bahagian dipecah bahagi bagi tanah pertanian mesti lebih daripada 1 ekar & lain-lain jenis tanah mesti daripada luas minima yg diperlukan.
-       Jalan keluar masuk ke bahagian-bahagian yg dipecah bahagi disediakan

Maksud Penyatuan Tanah
-       Dua tanah bersebelahan dipegang oleh pemilik yg sama di bawah hakmilik berasingan digabungkan menjadi satu hakmilik

Syarat Kelulusan Penyatuan Tanah
§  Menggunakan borang 9C
§  Lot-lot yg hendak digabungkan mesti dipunyai  oleh org yg sama – lot-lot tsebut mesti punyai sekurang-sekurangnya satu sempadan sepunya / bersebelahan.
§  Lot2-lot tersebut mesti dari jenis hakmilik yg sama, samada hakmilik Pej Daftar / Pej Tanah
§  Lot-lot mesti dari mukim yg sama
§  Jumlah keluasan mesti tak lebih drpd 10 ekar bagi geran mukim - jika lebih daripada 10 ekar, mesti dapatkan kelulusan exco utk tukarkan hakmilik Pej Tanah kepada Pej Pendaftar
§  Umur hakmilik mesti sama, jika tak sama perlu hantar semula kepada Pentadbir Tanah / Pendaftar utk tentukan umur hakmilik & syarat-syarat baru yg akan dikenakan.

Sebab Permohonan Penyatuan Tanah Tak Boleh Diluluskan
-       Tanah yg digabungkan berbeza pemilik.
-       Tanah bersebelahan tak berada di bandar, pekan atau mukim yg sama - sebahagian tanah bwh hakmilik Pej Pendaftar & sebahagian lg bwh hakmilik Pej Tanah.
-       Umur pemilik lot tanah tidak sama.
-       Lot yg hendak disatukan tidak bersebelahan.

Serah Balik Kurnia 
1 lot / lebih yg berdampingan di bawah hakmilik Pej Tanah yg dimiliki oleh tuan punya yg sama diserahkan kepada PBN dengan syarat bahagian-bahagian tertentu diberimilik semula kepadanya dalam unit-unit yg berasingan & keluasan setiap satunya kurang daripada 4 hektar & dipegang di bawah hakmilik sementara Pej Tanah.

Syarat Kelulusan Serah Balik Tanah
            i.        tiada gadaian / pajakan
           ii.        libatkan dua / lebih lot2-lot yg berdampingan
          iii.        kesemuanya dipegang bawah hakmilik Pej Tanah
          iv.        kesemua lot dimiliki oleh tuan punya yg sama
           v.        kesemua lot terletak dlm mukim, bandar & pecan yg sama
          vi.        keluasan kawasan yg disatukan lebihi 4 hektar
         vii.        keluasan unit-unit yg diberimilik semula kurang daripada 4 hektar - tiada perbezaan mengenai tempoh pegangan, kadar cukai, jenis kegunaan tanah, syarat nyata & sekatan kepentingan.

Perkara Yg Perlu Hantar Bersama Borang 12D (Serah Balik Kurnia)
-       bayaran yg ditetapkan
-       surat kebenaran daripada pemegang lien & org yg punyai tuntutan yg dilindungi oleh kaveat
-       pelan yg tunjukkan lot-lot yg hendak diserah balik & pelan pra hitungan yg tunjukkan bahagian-bahagian & unit-unit yg hendak diberimilik semula secara terperinci
-       salinan pelan tatatur yg diluluskan oleh PBt berkaitan dengan bahagian-bahagian & unit-unit yg hendak diberimilik semula - Dokumen Hakmilik Keluaran (DHK)

Perkara Diambilkira Sebelum Serah Balik Kurnia
-       keluasan tanah bagi setiap unit
-       jenis hakmilik
-       tempoh pegangan
-       jenis kegunaan tanah
-       syarat nyata, sekatan kepentingan (jika ada)
-       kadar cukai tahunan
-       kadar premium

Jenis Permohonan Keatas Tanah Hakmilik
-       meminda jenis penggunaan tanah
-       mengenakan jenis penggunaan tanah
-       membatalkan syarat nyata
-       batalkan ungkapan 'padi','getah' atau 'kampung'
-       pinda syarat nyata
-       kenakan syarat nyata baru
-       batalkan sekatan kepentingan
-       pinda sekatan kepentingan
-       kenakan sekatan kepentingan

Borang2 Permohonan Pecah Sempadan, Pecah Bahagi, Penyatuan Tanah & Serah Balik Kurnia
9A - Pecah Sempadan
9B - Pecah Bahagi
9C - Penyatuan Tanah
9D - Serah Balik Kurnia Semula


Muat Turun Bab 6 https://drive.google.com/file/d/14haDGYe7xdA791emRTzbF_JKJwIwYDqs/view?usp=sharing

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Izinkan saya untuk download nota

Galeri Undang-Undang Tanah

PENGENALAN LAMAN BLOG

Galeri Undang-Undang Tanah   ialah nama singkatan bagi nota dan maklumat 'Undang-Undang Tanah & Pengurusan Dan Pemban...

NOTE